Adakah Aircond Lebih Sejuk Dengan Tambah Kipas?
Menjawab persoalan adakah modifikasi ini berkesan atau tidak.
“Kalau tambah kipas lagi sejuk ke nanti? Kipas di condenser, bahagian depan tu.”
Ermmm. Subjektif ni.
Tetapi bagi kami, sebenarnya dengan menambah kipas ia cuma mempercepatkan waktu aircond untuk sejuk, anggaran dalam 2-3 minit awal. Dengan kata lain, lebih cepat mencapai suhu sejuk yang ditetapkan dalam sistem. Contohnya jika biasa perlu 10 minit untuk capai suhu 18 darjah Celcius sekarang hanya perlu 7 minit.
Untuk menjadikan aircond tu lagi sejuk - contohnya boleh capai 16 darjah Celcius pula adalah kurang tepat. Hal ini kerana aircond mempunyai cara kawalan tersendiri, kawalan suhu, cut in, cut off, semua telah disetkan secara automatik.
Jadi, dengan menambah kipas tidak membuatkan aircond tu lebih sejuk, cuma mencapai suhu sejuk lebih awal sahaja.