Proton Satria R3 Limited Edition - 2004

Antara kereta paling terhad dari Proton - hanya 150 unit dihasilkan. Satria versi street-legal race car.

Proton Satria R3 Limited Edition - 2004

Proton Satria R3 dilancarkan dalam tahun 2004 dan hanya 150 unit yang dihasilkan.

Model dasarnya adalah Proton Satria GTi tetapi menerima pelbagai suntikan dari unit R3:

  • Enjin Mitsubishi 1.8L 4G93 (sama dengan GTi) tetapi ditala oleh R3 (Stage 1) untuk menghasilkan 140 bhp dan 168 Nm
  • Sistem ekzos talaan R3
  • Kerangka dikimpal sekali lagi secara double-stitch untuk mengukuhkannya.
  • Membuang peredam bunyi dan beg udara pemandu, menjadikan Satria R3 cuma seberat 995 kg
  • Sistem pengendalian talaan R3
  • Sistem brek ABS dibuang
  • Cakera brek dari DBA (Disc Brake Australia)
  • Pad brek dari Mintex
  • Roda aloi 16-inci Advanti
  • Tayar Yokohama Advan AD07
  • Spoiler belakang carbon fibre
  • Stereng Momo tuner
  • Tombol gear carbon fibre
  • Tempat duduk Recaro SR4.